Friday, January 25, 2013

Makaroni Goreng

Sempena hari minggu ni, terasa ingin masak buat suamiku. Teransang dengan nasihat daripada UZAR berkaitan dengan suami yang suka makan di rumah adalah petanda baik buat isteri. Dan dengan ini aku cuba merealisasikannya dengan sebaik mungkin. Dan hari ini terhasillah makaroni goreng yang bagi aku sedap, untuk santapan suami. Yang penting no MSG and free from any doubt about the hygieness of the kitchen. 

Resepi Makaroni goreng


Bahan-bahan:

Makaroni di rebus dan di toskan. 
Sawi di potong kecil
Bawang merah 4 biji (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumpuk)
Cili giling satu sudu kecil
Sos tiram secukupnyer
Garam dan gula secukup rasa
Lobak di potong kecil dan panjang
Ubi Kentang di potong dadu
Lada besar di potong serong
Sebiji telur

Cara membuatnya:

Masukkan bebawang semuanya ke dalam minyak yang panas sampai naik bau
masukkan, cili, ubi kentang sampi agak2 lembut
cili giling, sos cili, sos tiram, masukkan
 mengelegak
masukkan makaroni, then telur, kacau
masukkan lobak, sawi dan garam dan gula secukup rasa
Kacau sebati hingga masak

# Alhamdulillah, terasa kepuasan melihat suamiku makan. 


2 comments:

  1. faqihatul islami:Saya norina dari noipunyablog.blogspot.com.Nak menjawab pertanyaan tentang homestay yang kat Kg Punggai tu, kat situ boleh masak2..peti ais semua ada tapi barang mentah kena beli kat kedai jauh sikit..haritu kami beli kat penawar.Kedai runcit yang ada kat kampung punggai tu cuma jual barang kering aje.Homestay ni ok, cuma TV tak ada astro lah..kalau pagi-pagi seawal pukul 6 jiran sebelah rumah tu ada jual kuih dan sarapan, boleh beli kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks cikgu. Kami dah decide nak menginap di situ nanti bila kami ke sana. Info yang sangat berguna untuk kami. Moga Allah membalas jasa baik cikgu. Memudahkan kami dalam yang dalam kesulitan. Amin.

      Delete