Dua minggu lepas tiba-tiba teringin nak buat kek batik.Jadi banyak la senarai barang yang nak dibeli. Dah lama tak pergi Mydin akhirnya berjaya menjejakkan diri disana.Hmmm..Tak sedar membeli belah, banyak juga la bendasing yang terbeli...huhuhu.... Biasa la perempuan namanya..
Sampai rumah jer, sempat duk tilik-tilik barang yang dibeli...Aduuuuh! lupa pula nak beli buttercup dan telur.Usaha nak buat terbantut. Terpaksalah tunggu seminggu untuk beli barang yang tak cukup tu.
Hari Jumaat aku nekad untuk cukupkan bahan-bahan nak buat tu.Waktu pulak sesuai kerana pada hari tu waktu pejabat sampi 4.45 petang sahaja.Ini membolehkan adanya peluang untuk meluangkan masa ke JJ Wangsa Maju.Sesampainya di sana, beli yang patut dan balik.
Tiba hari yang ditunggu, semalam bermulalah projek untuk buat kek batik. Buat la dengan harapan ia menjadi.Alhamdulillah, tak sampipun 15minit dah pun siap.
Dengan ini diisytiharkan resepi yang dibuat, dan diharap para pembaca dapat manfaat darinya.
Sebuku Buttercup yang saiz paling kecil
Secawan milo (cairkan dengan air panas terlebih dahulu)
Sebiji Telur
Secawan serbuk oat coklat (tiada pun takpe)
Setengah tin susu pekat
Sepeket Biskut Marie
Cara Membuat:
1.Panaskan Buttercup sehingga cair.
2. Masukkan susu dan kacau, milo dan kacau hingga mendidih
3. Masukkan telur tadi dan kacau hingga sebati dengan api sederhana sampi dah menggelegak
4. Masukkan biskut marie tadi dan kacau hingga rata.
5. Keluarkan dari kuali dan masukkan ke dalam bekas tupperware (untuk mengelakkan dari terlekat lapik plastik)
6. Mampatkan kek tadi, dan masukkan dalam peti.Tak sampi sejam dah boleh makan.
Di sini disertakan sekali hasilnya yang tak seberapa untuk tatapan semua.
~ yang ini untuk di bawa ke pejabat esok hari ~
~ yang ini pula untuk orang yang selalu minta di buat..harap-harap berpuas hati ler:) ~
~ gambar sudut dekat kek batik ~
~ yang ni dah baki makan dengan housemate sambil tonton tv~
Senang je kan? selamat memcuba:)
trima kasih ats pemberian kek batik tu..sdap sgt..tak sngka slama ni awk pndai buat kek..nati raya ni buat lg yer..mnmbahkan lg kcriaan hr raya nt..
ReplyDeleteInsyaallah,
ReplyDeleteJika diizinkan Allah memang rancang nak buat lagi la.Terima kasih di atas dorongan.Semangat sih!